HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 UNDANG-UNDANG FORUM

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
avatar

Posts : 543
Join date : 2008-05-12
Age : 34
Location : Jitra - Arau - Shah Alam - KL

PostSubject: UNDANG-UNDANG FORUM   Mon May 12, 2008 4:08 pm

UNDANG UNDANG FORUM
Berikut adalah peraturan-peraturan ketika berada di Forum CS Arau Alumni
Pendaftaran adalah percuma
Pemilihan nama pengguna mestilah sesuai dengan budaya dan undang-undang negara kita.
Anda dilarang sama sekali menggunakan nama pengguna yang boleh menimbulkan rasa tidak senang ahli-ahli komuniti. Pihak pentadbir berhak untuk memadam, menghalang (banned) dan juga mengubah mana-mana nama pengguna yang dirasakan tidak sesuai tanpa perlu mendapat maklum balas daripada pemilik nama pengguna. Sebarang rayuan dan pengecualian tidak akan dilayan.
Nama pengguna dan katalaluan/password adalah tanggungjawab individu masing-masing. Pastikan anda lindungi katalaluan/password anda dengan katalaluan/password yang sesuai dan tidak kongsikan ia dengan sesiapa. Pihak pentadbir tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul langsung atau tidak langsung hasil pencerobohan kata nama anda. Amalkan polisi yang baik. Tukar kata lepas anda 60 hari sekali dan pastikan anda logoff selepas menggunakan sebarang kemudahan di komuniti. Pastikan anda membuat laporan dengan segera kepada mana-mana pengendali yang aktif dalam ruang forum.
Segala topik, perbincangan, mesej, maklumat dan apa sahaja yang dihantar oleh individu di dalam ruangan Forum dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh Komuniti adalah merupakan tanggungjawab individu berkenaan sendiri.
Pihak pentadbir tidak menjamin ketepatan, kesempurnaan, kebenaran atau kegunaan setiap mesej dan tidak akan bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung keatas kandungan mesej tersebut.
Ruang diskusi dan kemudahan yang disediakan adalah untuk ahli-ahli berbincang, berkenal-kenalan, bertukar-tukar pendapat, berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan cara yang positif dan berfaedah.
Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menyalahgunakan kemudahan ini ATAU melakukan perkara-perkara seperti berikut -:
1. Memfitnah
2. Mencaci
3. Mencetuskan isu dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan kekecohan
4. Menggunakan mesej lucah/mencarut5. Mengganggu 'privacy' pengguna lain
6. Meletakkan gambar lucah atau bersaiz besar atau yang boleh mengganggu keselesaan pengguna
7. Melakukan SPAM
8. Diskusi politik dan perkara-perkara negatif lain

Pihak pentadbir dan pengendali CS Arau berhak untuk mengunci atau memadam mana-mana topik yang dirasakan tidak sesuai dan melanggar syarat. Disebabkan jumlah topik dan mesej yang banyak, pihak pentadbir dan pengendali memerlukan kerjasama ahli-ahli untuk membuat laporan melalui link lapor mesej mana-mana topik atau mesej yang melanggar syarat. Beri masa kepada pihak pentadbir dan pengendali untuk melihat dan menilai topik atau mesej yang dilaporkan. Ini adalah proses manual.
Topik atau mesej yang dilaporkan akan dipadam atau dikunci tanpa perlu memberikan apa-apa notis dan alasan kepada pihak penulis.
Pihak pentadbir dan pengendali berhak untuk mengunci topik-topik sudah melebih kadar mesej bagi sesebuah topik. Ahli-ahli diminta untuk membuka topik baru jika masih mahu meneruskan perbincangan.
Pihak pentadbir dan pengendali tidak akan melakukannya untuk ahli. Pihak pentadbir dan pengendali berhak untuk mengunci topik yang difikirkan tidak sesuai untuk diteruskan atau bertindih dengan topik yang lain.
Bagi topik bertindih ia mungkin digabungkan dengan topik yang sama tidak mengira siapa yang buka dahulu topik tersebut.
Pastikan posting yang anda balas menepati tajuk yang dibuka. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, kami tidak akan teragak-agak untuk mengantungkan keahlian anda.
Sila gunakan fungsi CARIAN (Search) untuk mencari topik-topik atau posting yang anda kehendaki. Ini adalah untuk mengelakkan daripada membuka topik yang sama berulang kali.
Pihak pentadbir dan pengendali berhak untuk mengalihkan topik jika ia dirasakan tidak sesuai diletakkan didalam bilik tersebut. Keputusan pengalihan adalah muktamad.
Semua orang bebas memberikan pandangan dan pendapat masing-masing, asalkan ia tidak melampui batas budaya Malaysia dan undang-undang kita
Amalkan amalan hormat menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, anda TIDAK boleh memaksa orang lain agar bersetuju dengan pendapat anda. Elakkan perbalahan semasa menggunakan ruangan ini.Tidak sehaluan dan tidak sependapat bukan bermakna kita boleh melakukan apa sahaja. Gaya penulisan anda cerminan peribadi.
Penghantaran bahan-bahan dan artikel yang mempunyai hak cipta perlu dinyatakan sumber asal, sama ada sambungan laman atau rujukan buku ataupun majalah.
CS Arau Alumni melindungi bahan-bahan hakcipta sama ada dinyatakan atau tidak. Jika ada mana-mana bahan hakcipta disebarkan di dalam CS Arau Alumni tanpa kebenaran pemilik hak cipta. Diharapkan pemilik dan ahli-ahli yang mengetahuinya membuat laporan kepada pentadbir ataupun pengendali yang aktif di Komuniti CS Arau Alumni
Topik dan mesej di CS Arau Alumni masih boleh disunting semula oleh penulis asal sekiranya fungsi ini dibuka oleh pihak pentadbiran. Pihak pentadbir dan pengendali berhak menyunting mana-mana topik dan mesej jika ia tidak bersesuaian atau melanggar polisi tanpa perlu menghantar sebarang notis kepada penulis asal.
Mesej yang dibalas di dalam sesuatu topik mestilah bersesuaian. Jika anda mengambil Quote mesej orang lain, pastikan hanya bahagian yang anda Quote sahaja dimasukkan.
Anda sama sekali dilarang membalas message dengan hanya icon smiley atau dengan mesej pendek yang tidak bersesuaian.
Pihak Pentadbir dan pengendali berhak untuk menghalang (banned) atau membuang mana-mana ahli yang didapati melanggar polisi atau peraturan didalam komuniti CS Arau Alumni.
Pihak Pentadbir dan pengendali tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sebarang aktiviti-aktiviti yang didapati melanggar peraturan negara atau merbahayakan keselamatan umum dan negara. Malah Pihak pentadbir akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika diminta untuk berbuat demikian.
Jika anda menghadapi masalah dengan mana-mana ahli ataupun pengendali aduan dan laporan boleh dibuat secara terus kepada mana-mana pentadbir CS Arau Alumni. Laporan dan aduan anda akan dirahsiakan.Sila patuhi segala peraturan dan menghormati segala keputusan Pentadbir. Keputusan Pentadbir adalah untuk kebaikan semua, bukannya untuk kepentingan perseorangan.
Harap maklum.
Back to top Go down
View user profile http://www.jefrizal.com
 
UNDANG-UNDANG FORUM
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Forum Rank Structure
» New Sub-Forum
» BACk ISSUES O.F.R. (Online Forum Release)
» Forum Ranking after 1,500 post mark
» The Forum's Purpose

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CS Arau :: CS Arau :: Pengenalan & Peraturan-
Jump to: